Ticker

6/recent/ticker-posts

(9 Gambar) Tahniah! Bekas Kekasih Sajat, Coach Yin Selamat Berkahwin Dengan Wanita Pilihan Hati

 


Tahniah diucapkan kepada bekas kekasih usahawan kosmetik Sajat iaitu Coach Yin yang telah selamat berkahwin dengan kekasih hatinya yang dikenali sebagai Yeen Azmin di Kota Bharu semalam.


Momen terindah ini telah dikongsikan di laman sosial miliknya, Coach Yin juga berkongsikan gambar pernikahannya yang diraikan oleh ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja bagi mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.








Berita pernikahan Coach Yin itu ternyata membuatkan ramai gembira serta tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah dan mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia.


Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa syukur jurulatih kesihatan itu sudah ‘kembali ke pangkal jalan’ serta memilih wanita tulen.




Sejak Julai tahun lalu Coach Yin mula berkongsi foto Azreen apabila menghadiahkan wanita itu seutas jam tangan. Malah Yin juga ketika itu memberi bayangan akan mengahwini Azreen.


Sebelum ini Coach Yin menjadi perhatian ramai kerana pernah menjadi teman rapat dan juga kekasih usahawan kosmetik, Nur Sajat. Bagaimanapun, hubungan dikatakan mereka sudah pun berakhir sekitar Januari tahun lalu.


Sumber : rotikaya

Post a Comment

0 Comments