Ticker

6/recent/ticker-posts

Lelaki Ini Kena Saman Sebab Ternak Ayam Di Kawasan Perumahan

 


Majlis Pembandaran Kuantan (MPK) menyerbu sebuah rumah di Kuantan, Pahanag selepas didapati menternak ayam di kawasan perumahan.


Pihak berkuasa menerima aduan daripada jiran tetangga yang memaklumkan pemilik kediaman menjadikan laman tepi rumah mereka sebagai kawasan penternakan ayam.


Operasi dilaksanakan atas aduan orang ramai terhadap penduduk di Perumahan Bandar Putra yang menternak ayam dalam kawasan perumahan. Memelihara atau menternak di kawasan perumahan merupakan satu kesalahan kerana melibatkan kesihatan awam dan kebersihan.


Menurut Majlis Bandaraya Kuantan, menternak binatang seperti ayam atau itik di halaman rumah adalah tidak dibenarkan memandangkan ianya boleh melibatkan kesihatan awam dan kebersihan.


KRT perlu memainkan peranan lebih besar memberi maklumat kepada MBK sekiranya terdapat aktiviti sebegini di kawasan perumahan dan menjadi komuniti bandaraya yang prihatin.


Memelihara atau menternak di kawasan perumahan merupakan satu kesalahan kerana melibatkan kesihatan awam dan kebersihan. Boleh bayangkan bagaimana penduduk terpaksa menghidu bau busuk dan lalat kerana tindakan tidak sensitif kepada jiran tetangga itu.

 

Dalam foto dikongsikan, kelihatan pemilik rumah berkenaan mendirikan reban ayam yang agak besar memandangkan kawasan tepi rumahnya yang luas. Dalam serbuan itu, pihak Majlis Pembandaran Kuantan (MPK) telah menangkap beberapa ekor ayam yang dipelihara oleh pemilik kediaman tersebut.


Rata-rata di ruangan komen tidak setuju dengan tindakan tersebut yang dilihat sangat pentingkan diri sendiri. Tak kurang juga yang merasakan rumah berkenaan seperti berada di kampung.



Sumber : Majlis Bandaraya Kuantan


Post a Comment

0 Comments