Header Ads

Breaking

Monday, March 29, 2021

Neelofa sedia ada anak dalam masa terdekat

 


Neelofa dan suaminya, PU Riz telah selamat diijabkabulkan pada Sabtu lalu.


Dalam majlis serba indah bertemakan Jabal Rahmah yang sering dikaitkan percantuman dua jiwa, Neelofa menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin daripada pihak lelaki.



Apabila sudah berumah tangga, pasti akan muncul soalan mengenai zuriat. Neelofa berkata dia segalanya kepada aturan Allah, namun sedia jika diberikan rezeki dalam masa terdekat.



“Seperti mana jodoh, perihal zuriat juga saya serahkan kepada aturan Yang Maha Esa. Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, saya terima dengan tangan terbuka,” katanya.


Terdahulu, bibit-bibit cinta antara Neelofa dan Haris semakin mekar apabila mereka bekerjasama membangunkan sebuah pertubuhan kebajikan yang dinamakan Pertubuhan Kasih Neelofa Jun tahun lalu.

 

SUMBER  KOSMO! via rotikaya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.