Ticker

6/recent/ticker-posts

Kerana Neelofa, perkataan 'Deen' tiba-tiba jadi trending di media sosial

 


Bila dah jadi public figure, apa saja yang kita buat pasti akan menarik perhatian netizen dan peminat khususnya.Itulah yang berlaku pada perkataan 'deen' , Gara-gara kapsyen hantaran Instagram selebriti terkenal, Neelofa, perkataan ‘Deen’ yang bermaksud agama sohor kini (trending) dalam Twitter sejak semalam.


Perkataan tersebut meledak selepas Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 32, memuat naik sekeping foto bersama suaminya, Haris Ismail, 26, usai majlis pernikahan semalam.


Neelofa menulis kapsyen bahawa Haris yang juga pendakwah bebas itu telah melengkapkan separuh daripada agamanya.


“You complete half of my Deen, Alhamdulillah (Awak sudah melengkapkan separuh daripada agama saya),” tulis bekas pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 29 itu.


Susulan daripada kapsyen tersebut juga, rata-rata netizen turut menzahirkan keinginan untuk mendirikan rumah tangga bagi melengkapkan agama masing-masing.


Selain kapsyen tersebut, sebuah video yang dikongsi adik bekas pengacara MeleTOP, Atisha Khan malam tadi turut menarik perhatian ramai apabila Haris dilihat menjadi imam ketika menunaikan solat bersama ahli keluarga lain.

Selain itu, barangan cenderahati atau doorgift daripada beberapa jenama terkenal antarabangsa buat tetamu juga antara yang menarik perhatian ramai semalam.


Serum jenama Lancome dan barangan kemas Swarovski antara produk mewah dibawa pulang oleh tetamu yang hadir.


Malah, konsep pernikahannya hasil sentuhan perunding perkahwinan Reka Teemor menjadi buah mulut ramai kerana mengaplikasikan suasana di Jabal Rahmah dalam majlis yang dikatakan sebagai ‘wedding of the year’ tersebut.


Neelofa selamat diijabkabulkan dengan Haris dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Sumber : Kosmo Online!

Post a Comment

0 Comments