Header Ads

Breaking

Friday, March 12, 2021

Risteena Wanita Yang Sangat Hebat, Cinta Diberikan Pada Saya Sangat Luar Biasa, Kata Isa Khan

 


Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Risteena Munim yang kini sah bergelar isteri kepada Isa Khan dengan sekali lafaz dalams atu majlis serba ringkas diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi tadi.


Di majlis tersebut, pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang, selain menerima mas kahwin bernilai RM1,000. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak didedahkan.




Meluahkan rasa syukur majlis berjalan dengan lancar, Risteena berkata dia dan Isa kini menuju ke fasa bahari iaitu bahtera rumah tangga.


“Tadi, sebelum akad nikah, jantung saya berdegup laju. Tetapi selepas selesai majlis, lega sikit.


“Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan. Saya dan suami mengecap fasa baharu dalam ikatan perkahwinan. Insya-Allah, kami akan melayari bahtera rumah tangga ini dengan sebaik mungkin,” katanya kepada BH Online.



Sementara itu, Isa menyifatkan isterinya itu seorang wanita hebat dan berharap dapat membahagiakan Risteena sampai bila-bila.


“Dia wanita hebat. Cinta dan kebahagiaan yang diberikan kepada saya selama ini, sangat luar sangat biasa. Saya tidak mahu mempersia-siakannya. Saya hargai apa yang dilakukannya,” katanya.

 

SUMBER  BH ONLINE via rotikaya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.