Header Ads

Breaking

Sunday, March 14, 2021

Tak Adil Gelar Saya Objek Nafsu, kata Elizabeth Tan

 


Sejak kebelakangan ini, setiap kali penyanyi Elizabeth Tan memuat naik foto di Intagram, pasti akan ada komen-komen nakal dan berb.aur luc.ah daripada netizen lelaki.


Meskipun hanya sekadar bergurau, namun ia menimbulkan rasa kurang senang netizen lain malah seorang pendakwah bebas turut menegur sikap segelintir lelaki beragam Islam yang meninggalkan komen lu.cah.


Menafikan dakwaan kerap memuat naik gambar se.ksi sehingga mengundang komen lu.cah, Elizabeth berkata dia tidak hak untuk mengawal komen-komen tersebut di Instagram miliknya.



“Saya tiada hak untuk mengawal atau menghukum komen yang dibuat terhadap gambar yang dimuat naik.


“Kalau betul gambar saya lu.cah, sudah lama akaun media sosial saya kena sekat sebab peraturan Instagram atau Facebook memang tiada ruang untuk kandungan lu.cah,” katanya.

Dalam pada itu, Elizabeth berkata dia tiada hak untuk mengawal lelaki yang melihatnya sebagai simbol se.ks dan berasa tidak adil ‘dihu.kum’ sebegitu.



“Siapa gelarkan saya sebagai simbol se.ks? Kenapa saya tak dilihat sebagai individu yang memperkasakan kaum wanita. Di mana saya boleh buat apa apa yang saya pilih dengan badan saya sendiri?


“Kalau orang lain yang berfikiran sedemikian, adakah itu salah saya? Saya berasa tak adil apabila pihak lelaki yang selalu menetapkan apa yang ‘elok’ atau ‘tak elok’ secara subjektif dengan nilai yang tak konsisten,” katanya.


Mengulas mengenai kenyataan pendakwah bebas mengenai posting yang dikatakan mengundang komen tidak senonoh, Elizabeth berkata video dikongsinya tidak keterlaluan.


“Apa keterlaluannya? Dalam video itu saya pakai baju lengan panjang, seluar panjang, tak tunjuk apa-apa pun, cuma tunjuk satu aksi yang saya rasa kelakar dan yang tak semua orang boleh buat.


“Kalau kandungan saya keterlaluan untuk sesiapa, mungkin saya boleh bagi nasihat untuk tidak mengikuti atau menyekat akaun saya. Saya berasa tidak adil untuk menggelarkan saya sebagai ‘ objek nafsu’,” katanya.


 Sumber : harian metro via rotikaya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.