Ticker

6/recent/ticker-posts

Bermalam di balai poIis seawal pukul 3 pagi, Madu Adira Suhaimi beri 'petanda' rumahtangga kini bergolak?

 



Sudah agak lama tidak mendengar perkembangan terkini tentang penyanyi berbakat besar, Adira Suhaimi. Namun kisah kali ini bukan tentang Adira namun tentang madunya yang dikenali dengan nama Datin Red.


Baru-baru ini hantaran beliau di media sosial telah menarik perhatian netizen apabila dia dilihat berkongsi beberapa luahan perasaan di instagram stories mengenai keadaan rumah tangganya.


Memetik laporan dari portal BeautiInara, isteri pertama kepada Datuk Red yang bernama Datin Seri Syarifah Nor Shafila hassim dalam hantaran ig storynya memberi bayangan seolah-olah rumah tangga mereka kini sedang mempunyai masalah.



Tak pernah rasa sesa.kit ini. Saya dan anak-anak akan melaluinya, kehidupan akan menjadi baik semula. Untuk kali ini, saya takkan setia bersama kamu disebabkan anak-anak. Satu ikatan perkahwinan yang tidak gembira tidak akan berhasil.”

Datin Red dalam pada itu turut berkongsi beberapa keping foto memaparkan dia ditemani rakan baiknya sedang berada di balai po.lis Sungai Buloh seawal pukul 3 pagi.


Dia turut menulis agar mendoakan yang terbaik buat dirinya dalam menghadapi cabaran rumah tangga untuk kali ini.



Untuk rekod bersama, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu sebelum ini telah bernikah dengan penyanyi Adira di luar pengetahuannya pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.



Manakala perkahwinan Datuk Red bersama isteri pertama telah dikurniakan lima orang cahaya mata.


Sebelum bernikah dengan Datin Red, Datuk Red pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun kemudian berpisah lima tahun kemudian dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Keseluruhannya, Datuk Red mempunyai 10 orang anak hasil perkahwinan bersama tiga orang isterinya.

Sumber : BeautifuInara

Post a Comment

0 Comments