Ticker

6/recent/ticker-posts

Tak Semua Perempuan SEKSl Murah Nak Disentuh, kata Nadira Isaac

 


Baru-baru ini dunia hiburan dikejutkan dengan gambar yang memaparkan pencetus ummah PU Amin bergambar bersama dua wanita yang berpakaian tidak senonoh dalam satu majlis berbuka puasa.


Gambar tersebut telah dimuat naik oleh instafamous Nadira Isaac. Selepas timbul k0ntroversi dan pendebatan dari netizen, serta diminta dipadamkan gambar tersebut oleh PU Amin, wanita tersebut memohon maaf dan sudah pun memadam gambar berkenaan dari media sosialnya.


Susulan dari tindakannya memuat naik gambar tersebut, dia akui telah menerima banyak kecaman dan fltnah mendakwa dia melakukan pekerjaan tidak senonoh untuk menampung hidup.


Tampil menafikan dakwaan tersebut, gadis berusia 21 tahun itu berkata sejak habis sekolah lagi dia sudah mula berniaga dan kini mempunyai produknya sendiri.

“Besar ujian saya di bulan Ramadan ni… difitnah apabila orang cakap saya jual badan.

“Sebenarnya saya mula berniaga sejak tamat sekolah hingga ada produk sendiri. Jadi dakwaan kata saya jual badan adalah tidak benar. Jangan ingat semua perempuan sek.si murah untuk disen.tuh!” katanya kepada mStar.

Mengakui kesilapannya memuat naik gambar berkenaan, Nadira berkata dia memadam gambar tersebut bimbang beri impak negatif kepada PU Amin.



“Memang saya padam gambar tersebut kerana kesilapan saya. Saya tak mahu isu itu terus berpanjangan. Kalau saya biarkan gambar tersebut akan beri kesan tak baik untuk PU Amin.


“Insya-Allah lepas ni, saya ada perancangan kalau boleh nak jumpa PU Amin sekali lagi. Masa dia datang hari tu bagi tazkirah, Alhamdulillah ramai kawan saya suka sangat-sangat kehadiran PU Amin,” katanya.

Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments