Ticker

6/recent/ticker-posts

Majlis nikah dan rentas negeri Ianggar SOP, Neelofa dan keluarga dikenakan kompaun RM60,000

 


Selepas berminggu siasatan mengenai isu majlis pernikahan Neelofa dan Muhammad Haris yang dikatakan telah meIanggar prosedur operasi standard (SOP) dan isu rentas negeri ke Langkawi, akhirnya keputusan akhir telah dikeluarkan sebentar tadi.


Menurut laporan dari harian metro, Noor Neelofa Mohd Noor dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, masing-masing dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 .


Tindakan mengenakan kompaun yang tidak dibenarkan diskaun terhadap Neelofa kerana melakukan dua kesalahan, manakala suaminya, PU Riz hanya melakukan satu kesaIahan.


Ketua PoIis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesaIahan pertama Neelofa selaku penganjur gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP penganjuran majlis sosial apabila gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter ketika majlis akad nikah mereka berlangsung.


Menurutnya, pasangan suami isteri itu juga meI.anggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa mengikut subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran diberikan polis.


"Kesemua ahli keluarga Neelofa seramai 20 orang dikenakan Kompaun sebanyak RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000 kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

"Semua yang terbabit akan dikeluarkan kompaun hari ini di mana jumlah keseluruhan kompaun adalah sebanyak RM60,000," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Justeru, katanya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


"Kegagalan mematuhi perintah ini membolehkan tindakan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa," katanya.



Sebelum ini, kertas siasatan berhubung majlis perkahwinanNeelofa dan PU Riz melanggar SOP PKPB, dihantar semula ke Pejabat Peguam Negara disertakan dengan beberapa pertambahan baharu.


Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz, 26, di hotel di ibu negara, 27 Mac lalu.


Isu peI.anggaran SOP pada majlis itu timbul selepas gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP PKPB ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tular di media sosial.


Post a Comment

0 Comments