Ticker

6/recent/ticker-posts

Syed Saddiq bengang, bagaimana seorang peniaga burger depan rumah boleh kena kompaun sampai RM50 ribu!

 


Sejak dari semalam, dunia media sosial 'hingaq' apabila satu posting dari pengguna fb bernama Faisal Burger telah viral dimana dia memuat naik status telah dikompaun sebanyak RM50 ribu oleh pihak berkuasa kerana tidak mematahui SOP PKP yang berkuatkuasa di Kelantan.


Perkongsian tersebut telah menarik perhatian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang kesal selepas melihat berita tersebut dan jumlah kompaun yang dilihat sungguh tidak patut.


Saddiq mempersoalkan bagaimana seorang peniaga burger boleh dikenakan kompaun sehinga RM50 ribu. Malah Saddiq mempersoalkan tindakan pihak berkuasa kerana tidak ada budi bicara.


“Peniaga burger kena kompaun RM50 ribu?? Sebelum ini pelajar kena kompaun RM1500. Mana rakyat nak cari duit nak bayar kompaun macam ni? Kenapa tak ada budi bicara dan tegur kalau ada salah?”-tulisnya di laman twitter.


Menjenguk diruangan komen, ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan saman tersebut.





Mereka menyifatkan kadar kompaun yang dikenakan adalah terlampau mahal dan tidak mampu dibayar oleh peniaga berkenaan.

Post a Comment

0 Comments