Ticker

6/recent/ticker-posts

Tanpa budi bicara, kompaun terus dikeluarkan tanpa amaran... isteri abang burger dedah ada orang yang tak puas hati

 


Siang tadi viral satu posting tentang seorang peniaga burger di Kelantan yang telah dikompaun oleh pihak berkuasa kerana menjalankan perniagaan melebihi dari waktu yang ditetapkan dalam perintah kawalan pergerakan.


Sejurus viralnya posting tersebut, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati dan dalam masa yang sama mengecam tindakan pihak berkuasa kerana dikatakan harga kompaun tersebut yang sangat tinggi tambah-tambah lagi pada musim PKP ini perniagaan bukannya laris seperti dulu.


Isteri kepada peniaga burger Wan Mohd Faisal iaitu Nor Lali Shafii tampil menyuarakan rasa kesal dan kecewa kerana dikenakan kompaun dalam jumlah yang terlalu besar.


"TIDAK adil kami dikenakan kompaun dalam jumlah yang begitu besar, kami bukan pemilik restoran tapi hanya berniaga depan tangga rumah"


Menurut laporan dari mStar, Nor Laili berkata gerai mereka yang terletak di hadapan rumah di Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu didatangi anggota poIis yang menaiki sebuah kereta pada kira-kira  11 malam Ahad.


"Masa itu saya dan suami sedang menyiapkan tempahan burger pelanggan... memang tiada seorang pun pelanggan di gerai ketika itu, hanya saya dan suami serta empat pekerja.


"Anggota poIis keluar daripada kereta dan bertanya kenapa tak tutup lagi? Kami jelaskan sedang siapkan pesanan pelanggan yang merupakan pekerja kilang dan akan hantar (COD). Memang tak berniaga dah masa itu.


"Mereka terus meminta kad pengenalan, kami merayu dan beritahu akan terus tutup gerai tapi nampaknya rayuan tak didengari. Mereka terus keluarkan kompaun.


"Bila tengok jumlah tu memang terkejut... biar betul. Kami hanya berniaga cari makan depan tangga rumah, dan tiada seorang pun pelanggan. Namun tanpa budi bicara, kompaun terus dikeluarkan... tiada amaran atau budi bicara," kata wanita berusia 37 tahun ini.


Tambah wanita ini, menerusi apa yang dimaklumkan anggota poIis, ada pihak lain yang membuat laporan mengenai gerainya beroperasi melebih waktu ditetapkan.


Difahamkan, kompaun tersebut merupakan kes berulang selepas kali pertama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini apabila mereka dikenakan kompaun RM1,000.


Untuk rekod operasi premis kedai makan atau restoran di Kelantan dihadkan sehingga jam 10 malam sahaja sepanjang tempoh PKP yang sedang dikuatkuasakan.


"Mungkin ada yang tak puas hati dengan sambutan yang diterima gerai kami. Kami dah berniaga burger selama belasan tahun cuma hanya tahun lalu baru berniaga di depan rumah sebab PKP. Boleh dikatakan ramai yang tahu gerai Faisal Burger.


"Lagi pula ramai yang bekerja shif contohnya pekerja kilang. Waktu-waktu 10 macam tu baru mereka nak cari beli makanan, dan ada juga nak beli untuk bersahur. Tapi dah ditetapkan operasi sehingga 10 malam sahaja.


"Pasal lebih masa, saya rasa banyak juga kedai yang ikut peraturan. Disebabkan itu saya rasa kalau nak adil, biarlah adil dan kuat kuasa peraturan kepada semua," ujarnya.


Tambah Nor Laili, bisnes burger merupakan satu-satunya mata pencariannya bersama suami justeru mereka terlalu berharap agar nilai kompaun yang dikenakan agar dipertimbangkan semula.


"Bayangkan, kami hanya berniaga burger tapi begitu besar nilai kompaun yang dikenakan. Kami bukannya pemilik restoran. Namun kami anggap ini ujian Ramadan.


"Namun apapun kami bercadang untuk mengemukakan rayuan kelak," ujarnya lagi.


Sumber : mStar OnIine

Post a Comment

0 Comments