Ticker

6/recent/ticker-posts

Najib masih Perdana Menteri Malaysia paling teruk dalam sejarah, kata Tun M

 


Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia paling teruk dalam sejarah negara ini.


Memetik laporan MalaysiaNow, kritikan Dr Mahathir terhadap Najib, yang terlibat dalam sk4ndaI 1MDB masih berterusan hingga menyebabkan beliau bertindak meninggalkan UMNO.


“Mana-mana kerajaan yang dianggotai Najib, akan teruk,” katanya seperti dilaporkan MalaysiaNow apabila ditanya mengapa tidak bersama dengan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Apabila diminta mengulas berkenaan Najib, ada beberapa perkara yang menjadi penegasan Dr Mahathir.



“Individu ini (Najib) diketahui sebagai seorang penjnayah. Mencvri wang yang banyak, pengubhan wang h4.ram dan pelbagai lagi.

 

“Dia juga didapati bersaIah atas tujuh pertud0han, dij4tuhi huk0man penjra 12 tahun,” katanya yang mengaitkan pertud0.han ke atas Najib berkenaan SRC International.

 

Namun, pada masa sama Dr Mahathir tidak pernah mengenepikan hormat beliau kepada bapa Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.



“Tun Razak merupakan Perdana Menteri terbaik yang pernah kita miliki. Saya ingatkan anaknya akan lebih kurang Tun Razak.


“Sebaliknya dia (Najib) merupakan yang paling teruk. Dia mencv.ri duit, bukan satu dua ringgit, berbilion ringgit. Seluruh dunia mengkrl.tik negara ini, daripada menjadi Harimau Asia, kita jat0h kepada negara klept0.krasi, negara yang dipimpin oleh seorang pencv.ri.


“Semua ini berlaku ketika Najib menjadi Perdana Menteri,” katanya.


Beliau kekal dengan pendirian men0Iak sokongan terhadap kerajaan Muhyiddin yang beliau percaya telah memberi nafas baharu kepada Najib.

Post a Comment

0 Comments