Ticker

6/recent/ticker-posts

Kau nak apa sebenarnya netizen? tanya Rashid Sibir

 


Semalam viral satu babak telefilem berjudul Ayat Dari Langir lakonan Ellie Surianty yang menjirus air, lalu mencium kaki suaminya.Babak ini menjadi pendebatan netizen apabila mereka tidak sangka Ellie tergamak melakonkan babak sedemikian malahan mencium kaki yang dilihat sebagai satu adegan yang tidak sepatutnya dipertontonkan kepada ramai.


Mengulas mengenai perkara tersebut, pengarah telefilem itu iaitu Rashid Sibir tampil mengulas isu yang kian hangat diperkatakan.


Rashid berkata, semua pihak perlu melihat pada karakter watak Zaharah dan bukan peribadinya sebagai Ellie.

"Pada saya warganet yang komen negatif sebenarnya adalah mereka yang bo.d0h,"


"Dia bukan Ellie, apabila membawa watak berkenaan. Dia antara pelakon, yang pada saya sanggup melakukan apa saja demi karakter. Dia bagus dan apa yang ditunjukkan itu memang patut.


"Ia untuk tunjukkan kesayangan, kecintaan dan kesetiannya kepada suami Ustaz Muiz. Kalau suaminya kata ma.tl masuk syurga, dia buatlah kerana dia pun nak masuk syurga.



"Jadi jangan pertikaikan Ellie. Warganet harus bersikap minda terbuka apabila menonton cerita begini," katanya kepada Harian Metro.


Pengarah berpengalaman ini melahirkan perasaan kec.wa dengan sikap warganet yang hanya tahu mengut0k berbanding memberi pujian.


"Kalau kita buat cerita cinta orang asyik kut.0k. Apabila kita buat cerita agama dan ajaran se.sat, dikut.0k juga. Kau nak apa sebenarnya warganet?


"Penggiat seni cuba nak bagi segala benda merangkumi cerita sedih, komedi, cinta dan sebagainya.


"Tapi kalau semua cerita yang dibuat kau gelakkan, apa yang mereka nak sebenarnya? Namun, kec.man itu tandanya warganet menonton drama ini," katanya.


Rashid mengesahkan dia sememangnya menyuruh Ellie membuat babak sebegitu.


"Tapi saya nak terangkan dulu, kenapa dia kena berbuat demikian. Zaharah adalah seorang isteri yang betul-betul taat dengan suaminya dan percaya dengan ajaran suaminya.


"Malah dia sanggup m.atl untuk suaminya. Perbuatan itu dilakukan sebagai cara untuk menunjukkan kasih sayang dan menghormati suami. Itu sahaja dan tiada benda-benda lain yang dikaitkan.



"Masa saya suruh buat, dia (Ellie) ingat saya main-main. Lepas itu dia buat betul-betul dalam bentuk yang paling menarik dengan cara pegang kaki suaminya itu," katanya.


Menurut Rashid, drama berkenaan juga berkisarkan mengenai ajaran se.sat dan ada rasionalnya babak berkenaan dibuat.


"Ustaz Muiz mengajar ajaran s.esat dan Zaharah antara, pengikutnya. Isterinya hanya seorang, tapi Ustaz Muiz bebas meniduri perempuan lain di situ.   


"Zl.na adalah haIal baginya. Itu yang saya nak tunjukkan, serta taatnya seorang isteri kepada suami. Bagi saya, lakonan Ellie sangat memberi impak maksima dan tak ramai pelakon sepertinya," katanya.


Sumber : harian metro

Post a Comment

0 Comments