Ticker

6/recent/ticker-posts

Petugas Kesihatan Luah Rasa Kecewa Layanan Double Standard Terhadap Golongan ‘Kayangan’


Sejak akhir-akhir ini isu layanan double standard mula menjadi topik perbincangan netizen apabila dilihat kompaun/huku.man bagi mereka yang tidak mematuhi SOP dilihat tidak sama bagi semua golongan.


Jika melibatkan bangsawan atau orang terkenal sampai dibuat slasatan namun bagi kes sebagai contoh pelajar kolej terus dikenakan kompaun tanpa slasatan dibuat.Maka perkara ini membuat rakyat meluahkan kemaarahan terhadap pihak berkuasa yang dilihat seakan memilih dalam menjalankan amanah yang telah ditugaskan kepada mereka.


Menerusi ciapan oleh seorang petugas kesihatan, beliau yang dikenali sebagai Dr. Rafidah Abdullah, meluahkan rasa kecewa dengan layanan double standard terhadap golongan ‘kayangan’. 


Rafidah menyatakan beliau berasa hairan dengan sesetengah golongan ‘kayangan’ yang meI.anggar SOP secara terang-terangan tanpa segan silu. 


“Saya pelik betul, anda tanpa segan silu melakukan aktiviti Ianggar SOP terang-terangan. Tidak mengapalah, mungkin begitulah perangai dan cara kehidupan,” tulisnya dalam ciapan tersebut.

Menurutnya lagi, dia tidak maarah tetapi kecewa apabila melihat kes C0VID-19 dalam negara semakin meningkat saban hari. Walaupun petugas-petugas kesihatan sudah divaksin, namun mereka tetap boleh merislkokan ahli keluarga terdekat. 


“Kami mungkin selamat daripada mengalami komplikasi bila dijangklti, tapi ahli keluarga kami semestinya tidak!” ujarnya.




Kata Rafidah, dia tidak menyaIahkan masyarakat, tetapi sedih menyaksikan perbezaan layanan dua darjat. Selain itu, beliau turut menyatakan beliau pasrah, dan yakin rakan-rakan petugas kesihatan yang lain juga turut merasakan hal yang sama. 


Sumber daripada: Twitter via KooIFM

Post a Comment

0 Comments