Ticker

6/recent/ticker-posts

POLlS AKAN SlASAT AKTIVITI NEELOFA DAN PU RIZZ DI LANGKAWI, KATA KETUA POLIS NEGARA

 


Seperti yang kita sedia maklum, pasangan pengantin baru popular Neelofa dan suaminya berada di Langkawi atas urusan kerja, selepas timbul khabar angin dari media sosial mengatakan pasangan tersebut ke Langkawi kerana berbulan madu.


Terkini, pihak PoI.is akan memanggil selebriti dan juga usahawan terkenal, Neelofa serta suaminya, Haris Ismail untuk direkod keterangan bagi membantu sia.satan berhubung dak.waan aktiviti pasangan pengantin baharu di sini mela.nggar prosedur operasi standard (SOP).


Ketua PoIis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, berdasarkan bukti video dan gambar yang dimuat naik di media sosial pasangan itu didapati mel.anggar SOP.


"Kita sedang tangani kes ini selepas ada gambar aktiviti dan kehadiran beliau (Neelofa) bersama suami (di Langkawi) telah mela.nggar SOP yang ditetapkan.


"Kita akan ambil tindakan," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian S.ksyen K9 Langkawi PoIis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, hari ini.



Turut hadir, Pengarah Jabatan Sia.satan J.nayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dan Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan.


Abdul Hamid berkata, pegawai penyia.sat akan mengenal pasti adakah aktiviti yang gambarnya dimuat naik itu sebahagian kegiatannya perniagaannya.


"Mereka kena jawab, tapi gambar itu macam aktiviti santai-santai sahaja... jelas ia tidak boleh dilakukan dan telah melan.ggar SOP.


"Sebabnya dia datang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)," katanya.


Beliau berkata, poIis juga akan memanggil saksi yang boleh membantu melengkapkan sias.atan kes itu secepat mungkin.


Sementara itu ketika mengulas isu kehilangan usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai Nur Sajat, beliau berkata, polis masih mengesan kedudukan sebenar usahawan itu.


"Setakat ini belum ada perkembangan terbaharu dan dia masih bersembunyi di luar negara tapi kena ingat jerat tidak pernah melupakan pelanduk.


"Saya juga hairan ketika di luar negara pun dia masih mencuit hati orang ramai dan saya nasihatkan dia supaya balik dan pergilah mhkamah," katanya.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments