Ticker

6/recent/ticker-posts

(VIDEO) 'Bertepuk tampar' dalam kereta kabel, pegang tangan tak lepas, netizen teruja lihat kemesraan pengantin baru!

 


Sudah hampir seminggu Neelofa dan pasangannya PU Rizz sudah bergelar pasangan suami isteri yang sah.Apa saja momen yang dikongsikan oleh Neelofa semestinya akan menarik perhatian peminat dan netizen.


Umum tahu, usahawan terkenal ini sekarang sedang berada di Langkawi atas urusan kerja bersama dengan suaminya.


Baru-baru ini viral satu video di media sosial yang dikongsikan oleh pengguna tiktok bernama kynafazlan, dalam video tersebut memaparkan momen-momen kemesraan pengantin baru ini, pendek kata memang terlajak sweet sangat!


Semalam, Neelofa menerusi InstaStory miliknya ada berkongsi beberapa video menunjukkan dia dan suami tercinta, PU Riz sedang menaiki kereta kabel di pulau peranginan itu. Kelihatan juga pasangan ini sedang berpegangan tangan sambil menikmati keindahan pemandangan alam semula jadi di puncak gunung.


Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya ‘cemburu’ melihat kemesraan pasangan pengantin baru ini. Bukan itu sahaja, mereka juga sempat ‘menyunting’ semula video-video berkenaan dengan menambah muzik latar lagu berjudul ‘Anugerah’ nyanyian Syakir Daulay.


Video tersebut kemudian dimuatnaik di akaun TikTok sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Berdasarkan video itu, mereka menyifatkan Neelofa ini seorang wanita yang lemah lembut dan sangat manja.


Mesti ramai netizen yang bersemut tengok kemesraan pengantin baru ini kan? Diruangan komen rata-rata netizen kagum dan terpesona dengan kemesraan pengantin baru ini. Ramai yang mendoakan pasangan ini kekal bahagia sampai akhir hayat.





Sumber : Portal OhBuIan


Post a Comment

0 Comments