Ticker

6/recent/ticker-posts

Walaupun Lofa Dah Berpunya, Abang Tetap Support Lofa, kata Suhaimi Saad

 


Tindakan pengacara popular yang juga usahawan berjaya, Nelofa yang bermurah hati ingin membantu selesaikan bayaran kompaun yang dikenakan kepada peniaga burger sebanyak RM50,000 telah

mendapat reaksi positif dari netizen dan juga rakan-rakan artis yang lain. Ini termasuklah bekas ahli kumpulan nasyid, Suhaimi Saad yang tampil memberi sokongan penuh terhadap usahawan itu. Katanya lagi, meskipun Neelofa sudah berpunya namun dia akan sentiasa menyokongnya.


Bagaimanapun, itu bukan kali pertama Suhaimi memuat naik status menyatakan sokongan terhadap Neelofa. Malah, sebelum ini Suhaimi turut berseloroh meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui mengenai Neelofa dan PU Riz.



Sebelum ini, viral kisah seorang peniaga burger di Kelantan iaitu Wan Mohd. Faisal Wan Kadir, yang berkongsikan kisahnya dikompaun sebanyak RM50,000 ketika sedang berniaga di hadapan rumah sendiri kerana berniaga lebih masa ditetapkan.


Sumber : rotikaya

Post a Comment

0 Comments