Ticker

6/recent/ticker-posts

Doktor larang netizen guna najis lembu sebagai 'penawar' C0VlD-19

 


Para doktor berkata, tiada bukti secara saintifik yang menunjukkan keberkesanan bahan berkenaan malah mengundang risiko penularan penyaklt lain.

Krisis COVlD-19 di India kini mencapai tahap kritlkal dengan 22.66 juta kes positif dikesan di seluruh negara dan 246,116 kes kematlan dilaporkan setakat ini.


Beberapa pakar percaya angka sebenar mungkin lima atau 10 kali ganda daripada yang dilaporkan.
Ramai pesaklt turut dilaporkan tidak mendapat tempat di hospital, bekalan oksigen atau rawatan yang diperlukan.

Di Gujarat di barat India, ramai dilaporkan melawati pusat rawatan lembu sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi melumur badan mereka dengan najis atau air kenclng lembu.

Perkara berkenaan dipercayai dapat meningkatkan imuniti mereka atau mampu memulihkan mereka daripada vlrus COVlD-19.




Masyarakat di India telah mengamalkan penggunaan najis lembu selama berabad-abad lamanya bagi membersihkan rumah mereka serta dalam ritual keagamaan kerana ia dipercayai mempunyai unsur terapeutik dan antiseptik.

Lembu dianggap sebagai simbol suci untuk kehidupan di dunia, menurut kepercayaan masyarakat India.

"Beberapa doktor turut sertai amalan tersebut di pusat berkenaan kerana mereka percaya ia merupakan terapi yang mampu meningkat tahap imuniti mereka bagi merawat pesaklt tanpa rasa ta.kut," kata pengurus sebuah syarikat farmaseutikal Gautam Manilal Borisa.

Dia turut mendakwa amalan tersebut membantunya pulih daripada jangkltan COVlD-19 tahun lepas.
Dia sering melawati Sekolah Shree Swaminarayan Gurukul Vishwavidya Pratishthanam yang diurus beberapa sami Hindu di Ahmedabad.

Sekolah berkenaan terletak di hadapan ibu pejabat syarikat Zydus Cadila yang sedang membangun satu lagi vaksin COVlD-19.



Peserta di sekolah berkenaan akan melumur campuran najis dan air kencing lembu itu di badan mereka sebelum mengamalkan yoga bagi meningkatkan tahap tenaga dalam badan.

Para doktor dan saintis di seluruh India memberi ama.ran tentang rawatan alternatif tersebut dengan menyatakan ia berkemungkinan akan menyebabkan komplikasi kesihatan yang lain.

"Tiada bukti saintifik yang menunjukkan najis atau air kencing lembu mampu meningkatkan tahap imuniti seseorang itu terhadap vlrus COVlD-19.

"Amalan ini hanya berdasarkan kepercayaan yang diturunkan oleh generasi sebelum ini.

"Ia turut mengundang risik0 penularan penyaklt lain daripada haiwan kepada manusia," kata Presiden Persatuan Kesihatan India, Dr JA Jayalal.

Selain itu amalan berkenaan dilihat akan menyumbang kepada penularan vlrus COVlD-19 kerana melibatkan orang ramai berkumpul tanpa penjarakan fizikal.


Post a Comment

0 Comments