Ticker

6/recent/ticker-posts

(VIDEO) Dapat sejuta tontonan, gelagat gadis bertanya jalan tapi dapat 'pickup line' daripada abang guard ini buatkan netizen ketawa berdekah

 


Baru-baru ini viral di media sosial apabila rakaman video memaparkan seorang wanita yang sedang bertanyakan jalan kepada pengawal keselamatan namun tidak semena-mena memberikan pickup line kepada wanita tersebut.


Menerusi video yang berdurasi 43 saat itu, kelihatan beberapa orang wanita sedang bertanyakan arah jalan kepada seorang pengawal keselamatan yang bertugas di situ.


Pengawal keselamatan itu kemudian menerangkan jalan yang harus diambil oleh kumpulan wanita berkenaan. Tetapi, apa yang lebih menghiburkan adalah selepas habis pertanyaan oleh mereka, lelaki itu kemudian memberikan ayat pickup line kepada mereka.


Kejadian itu membuatkan kumpulan wanita tersebut tergelak kerana terhibur dengan gurauan yang diberikan oleh pengawal keselamatan berkenaan.


Nur Fadhlin Yahaya berkata video berkenaan merupakan video yang dirakam tahun lalu ketika dia bersama dua rakan mahu menjamu selera di sebuah kafe di Kuala Lumpur.


” Kami tak pernah pergi ke kafe tersebut dan itu adalah kali pertama nak ke sana. Disebabkan itu, kami agak kurang arif dengan lokasinya.


” Dah banyak kali pusing-pusing tapi masih tak jumpa jalan masuk padahal kami berada di kawasan sekitar kafe itu dah.


” Akhirnya kami ambil keputusan pergi bertanya kepada pengawal keselamatan di situ,” ujar gadis berusia 21 tahun ini.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagar abang guard dalam video tersebut.


Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:





Post a Comment

0 Comments