Ticker

6/recent/ticker-posts

Sambut Aidilfitri Bersama, Netizen Persoal Gambar Raya Abby Dan Norman

 


Seperti yang kita sedia maklum, negara kita sekarang dalam perlaksaan PKP yang mana segala aktiviti merentasi daerah dan negeri adalah diIarang kecuali mendapat kebenaran pihak berkuasa.


Malah, kerajaan juga tidak membenarkan aktiviti kunjung mengunjung mahupun aktiviti rentas negeri atau derah sepanjang musim perayaan ini.


Menurut laporan dari portal hiburan ROTIKAYA, baru-baru ada viral sekeping gambar yang telah dimuat naik di media sosial yang memaparkan gambar sambutan raya keluarga selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi menjadi perhatian apabila netizen mempersoalkan tentang SOP.


Rata-rata netizen mempertikaikan bukankah tidak boleh aktiviti menziarah pada Aidilfitri, namun hairan bagaimana mereka boleh bergambar satu keluarga pada raya pertama.

Kata netizen lagi, mereka sudah mematuhi SOP sehinggakan tidak ke rumah ibu bapa atau adik beradik dalam satu daerah, tetapi ada juga yang tidak mematuhi arahan tersebut.




Hasil tinjauan di Instagram Norman Hakim, pelakon itu dilihat telah menutup ruangan komen gambar mereka sekeluarga.


Susulan isu tersebut, Abby dilihat ada memuat naik status di Insta Story menjelaskan mereka sering berkumpul sebelum Aidilfitri lagi, serta hairan mengapa mereka tidak boleh berjumpa seperti hari biasa.


SUMBER : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments