Header Ads

Breaking

Tuesday, June 29, 2021

Angkat tangan berdoa, bukan angkat bendera putih, kata Nik Abduh

 


Rakyat tidak wajar diajar untuk mengangkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengangkat bendera putih.


Sebaliknya, Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, mereka perlu mengangkat tangan untuk berdoa kepada tuhan.


“Angkat tangan berdoa kepadanya. Itulah bendera kekuatan dan optimis dalam ujian kehidupan. Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.



Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu dipercayai merujuk kempen kibarkan bendera putih jika terputus bekalan makanan yang digerakan oleh orang ramai yang slmpati terhadap nasib masyarakat terkesan pandemlk C0vid-19 dan sekatan penuh pergerakan (total lockdown).


Kempen berkenaan telah mendapat sambutan hangat di media sosial sejak semalam.



Walaupun tidak dapat dipastikan siapa yang memulakan kempen tersebut, ia menjadi tular dalam Facebook, Twitter dan Instagram.


Kempen itu cukup mudah, anda hanya perlu mengibarkan bendera putih di rumah sendiri jika menghadapi kesusahan dari segi bekalan makanan dan kewangan. – UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.