Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan banding 'lockdown' Malaysia, Australia, kata Wardina Saffiyah

 


Selebriti Wardina Saffiyah yang kini menetap di Australia berkongsi cara kerajaan negara itu membendung penularan wa,bak Covld-19. 


Menerusi perkongsian bersama ahli politik Anfaal Saari, Wardina memberitahu kerajaan Australia tidak mengenakan 'lockdown' dalam tempoh yang panjang. 


"Kita orang tiada 'lockdown' lama-lama. Apabila kita melakukan 'lockdown' yang betul dan mampu mengawal kes, kita boleh kembali menjalankan rutin harian seperti biasa. 



"Bagaimana kami berjaya adalah apabila vlrus terbabit dikekang sebelum ia merebak. Sebab kalau dah terlalu banyak yang terjangklt, memang tidak boleh buat apa," katanya. 



Wardina bagaimanapun menegaskan orang ramai tidak seharusnya membandingkan negara terbabit dan Malaysia. 




"Mereka mampu. Mereka mewujudkan pakej stimulus sekitar AUS$130 bilion. 


"Setiap dua minggu, orang yang hilang kerja akan menerima wang daripada kerajaan. Bil hospital pun akan dilunaskan oleh kerajaan


"Selain itu, Perdana Menteri Australia, Scott Marisson turut bekerjasama dengan parti pembangkang untuk membendung C0vid-19," katanya. 

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments