Ticker

6/recent/ticker-posts

Selepas ramai wanita salah faham, Prof Dr. Muhaya tampil beri penjelasan sebenar isu 'BUAT B0D0H-B0D0H'

 


Baru-baru ini viral di media sosial perkongsian dari Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad baru-baru telah menarik perhatian kaum wanita khususnya yang mengaitkan isu ‘kenapa wanita lambat dapat jodoh’.

Seorang pengguna twitter telah membuat satu hantaran yang memaparkan satu potongan video kenyataan Profesor Dr Muhaya berkaitan sifat wanita yang perlu kelihatan lemah-lembut dan ‘kurang bijak’ dihadapan lelaki menimbulkan rasa kurang senang netizen.


Ramai wanita yang tidak bersetuju dengan kenyataan penuh kontroversi dari Prof Muhaya ini turut mendapat perhatian Dr Amalina Che Bakri yang kesal dengan tanggapan sebegitu seolah penghinaan terhadap wanita.

Dr Amalina merasakan mesej yang diberikan kurang tetap kerana wanita tidak sepatutnya merendahkan pengetahuan atau memperlihatkan diri mereka kurang bijak supaya boleh bertemu jodoh.

Namun hari ini, Prof Muhaya tampil menjelaskan kekeliruan yang timbul dari isu 'BUAT B0D0H-B0D0H'


Assalamualaikum anak-anak bonda dan semua yang memberi maklumbalas berhubung potongan klip ‘buat bodoh-bodoh’ yang tular semalam.

Untuk makluman, hantaran klip 56 saat tersebut adalah petikan dari live di FB Page Prof Muhaya dan Youtube Prof Muhaya TV berdurasi 45 minit  yang diterbitkan pada 6 Feb 2021 jam 6 petang bertajuk “ANTARA CINTA DAN CITA-CITA”.

Siaran live Bonda tersebut adalah sebenarnya bagi menjawab persoalan KK Talib dan komen-komen dari FB, berkaitan wanita yang dalam dilema, antara mengejar kerjaya, cinta serta keluarga.

Secara teknikalnya, ini adalah video lama. Bagaimanapun Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat ini, telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat, terutamanya kaum wanita, sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan.

Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun, atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada Bonda mahupun team Bonda.

Kepada pihak media juga, sangat baik budi akhlaknya sehingga kini menanti statement Bonda, maka Bonda tampil membuat penjelasan ini. Terima kasih kerana sabar ya.

Sebenarnya buat yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut, semua jawapan terkandung di pautan youtube Prof Muhaya TV bertajuk CINTA dan CITA-CITA (swipe up story untuk tonton video penuh)

.

Bonda juga seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya dan semestinya sentiasa mendukung, mendoakan wanita semua berjaya ke puncak tertinggi, berbahagia dunia akhirat dan mendapat redha Allah.

Atas salah faham ini, Bonda ingin hadiahkan nota ringkas live CINTA & CITA-CITA (di youtube) sebagai rujukan bagi menjawab segala persoalan yang timbul.

Terima kasih, Bonda sayang semua tanpa syarat.











Sumber : FB Prof Dr Muhaya

Post a Comment

0 Comments