Ticker

6/recent/ticker-posts

Biarlah tak kahwin daripada buat ‘bodoh-bodoh’, kata Soo Wincci

 


Penyanyi Dr. Soo Wincci tidak sependapat dengan padangan pakar motivasi, Prof. Dr. Muhaya Mohamad yang menggunakan istilah wanita perlu ‘bodoh-bodoh’ sikit jika mahu cepat kahwin.


Wincci berkata, lebih tidak kahwin daripada perlu berpura-pura bodoh semata-mata untuk dapatkan pasangan hidup.



“Saya tak boleh terima ini, Buat bodoh hanya demi nak kahwih merupakan sesuatu yang tidak betul.


“Sebab anda sedang menipu orang di samping memijak sendiri samata-mata nak kahwih?


“Biarlah tak kahwin pun, jangan buat bodoh demi nak kahwin, takkan kita nak buat bodoh seumur hidup,” katanya.


Dr. Muhaya dalam video motivasi tentang mengapa wanita lambat kahwin telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.


Dalam video 56 saat itu Dr. Muhaya menggunakan istilah ‘bodoh-bodoh’ sikit untuk menambat hati lelaki dengan alasan golongan itu suka wanita yang lembut-lembut, mengharapkan dan mahu ditolong. 


Sumber – UTUSAN

Post a Comment

0 Comments