Header Ads

Breaking

Friday, June 11, 2021

(VIDEO) PU Riz nak hadiahkan RM300 kepada pelajar yang dapat 5A SPM

 


Semalam baru saja diumumkan keputusan SPM, dan menariknya keputusan SPM bagi tahun lepas adalah antara yang terbaik dalam sejarah peperiksaan SPM di negara kita.


Tidak ingin ketinggalan meraikan kejayaan pelajar SPM, pendakwah bebas dan juga selebriti, PU Riz menawarkan RM300 kepada pelajar yang mendapat keputusan 5A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.


PU Riz, 26, berkata, mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak atau kepada pelajar itu sendiri boleh terus menghubunginya menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram berserta bukti slip keputusan SPM mereka.


"Saya mencari pelajar yang mendapat keputusan 5A dalam SPM 2020 yang diumumkan semalam. Mereka hanya perlu DM saya berserta slip keputusan bakal menerima hadiah daripada saya.

"Setiap seorang akan dapat RM300. Saya mahu berkongsi rezeki dengan adik-adik ini sekali gus mahu memberi galakan kepada mereka untuk terus berusaha pada masa akan datang.


"Saya tahu nilai ini tak besar, tapi apa saya cuba nak sampaikan adalah setiap usaha itu pasti akan peroleh kebaikan dan ganjaran. Buktinya mereka sudah belajar bersungguh-sungguh dan dapat keputusan cemerlang. Kemudian dapat pula ganjaran hadiah," katanya yang juga suami kepada selebriti popular, Neelofa.


Dalam masa sama, PU Riz menjemput semua pelajar yang terpilih itu menyertai sesi siaran langsung di Instagram @hrisbismail pada jam 1 petang, esok.


"Saya memberi peluang kepada mereka untuk turut serta dalam sesi 'live' bersama saya. Sedikit sebanyak mereka boleh berkongsi tips pembelajaran atau apa saja yang diamalkan sehingga mendapat keputusan cemerlang.


"Saya anggap perkongsian ini nanti bukan saja berguna pada semua yang menonton, tapi dapat dijadikan inspirasi kepada pelajar lain yang bakal menduduki SPM akan datang


"Mana tahu perkongsian ini nanti dapat menjadi asbab kepada kejayaan ramai pelajar pula," katanya.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.