Header Ads

Breaking

Friday, June 11, 2021

Kumpulan hak asasi rayu Agong campur tangan arah kerajaan henti penangkapan warga asing

 


Beberapa kumpulan hak asasi manusia merayu Yang di-Pertuan Agong supaya campur tangan bagi menghentikan tindakan berterusan terhadap warga asing tanpa dokumen, ketika negara sedang berusaha mencapai imuniti  kelompok vlrus C0vid-19.


Dalam satu kenyataan, sekumpulan 20 pertubuhan hak asasi termasuk Tenaganita, Suaram and Pusat Komas berkata penahanan warga asing tanpa dokumen bukan strategi yang baik.


"Pada hari ulang tahun Raja, kita meminta campur tangan dari Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, untuk menghentikan rencana penangkapan warga asing dan meminta penangguhan penahanan oleh semua agensi penguatkuasaan sehingga proses vaksinasi berakhir sepenuhnya," kata mereka.


"Rencana menangkap warga asing tanpa dokumen mencerminkan sokongan negara terhadap kekerasan yang mensasarkan kumpulan rentan ini," kata mereka.


Tambah mereka, tindakan menahan warga asing di pusat tahanan imigresen akan mencetuskan kes jangkltan dan kluster baru.


“Tindakan ini boleh membahayakan nyawa jutaan pekerja asing dan rakyat Malaysia. Warga asing tanpa dokumen melibatkan banyak kumpulan berbeza dan ada antaranya merupakan mangsa,” kata mereka.


Bahkan, kata mereka istilah Pati juga sangat mengelirukan secara undang-undang.


"Malaysia tidak boleh menghukum warga asing tanpa dokumen kerana berada dalam keadaan yang bukan kesªlahan mereka. Kami percaya bahawa 95 peratus warga asing tanpa dokumen ditªhan kerana mereka menjadi mªngsa ejen, majikan dan sindlket pemerdagangan manusia," kata mereka.


Kenyataan itu disokong bersama oleh, antara lain, Tenaganita, Inisiatif Utara Selatan, Beyond Borders Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Persatuan Sahabat Wanita, Pemantauan Kelestarian Globalisasi (MSN) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).


Aktivis masyarakat sivil dan sarjana Ann Lee, Allison Hill, Sudy Yeo, Hartini Zainuddin, Deborah Priya Henry dan Hasan Al-Akraa adalah antara yang menandatangani kenyataan itu.


Semalam, ratusan pekerja asing ditahan sebuah kilang di Cyberjaya dalam operasi bersepadu Jabatan Imigresen.



Serbuan terbabit dibuat selepas pengumuman Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin bahawa sekatan pergerakan penuh akan dikuatkuasakan mulai 1 hingga 14 Jun, sebagai langkah untuk menurunkan kes C0vid-19 yang kembali melonjak sejak awal April.


Operasi itu katanya dilaksanakan bagi memastikan golongan itu mempunyai dokumen sah bagi tujuan vaksinasi.


Pengumuman itu mengundang krltikan pelbagai pihak kerana dikatakan akan merencatkan usaha mencapai imuniti kelompok.


Mengulas lanjut, kumpulan terbabit berkata Program Imunisasi C0vid-19 Kebangsaan (PICK) harus diketuai oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin C0vid-19 (JKJAV) dan dijaga di bawah program kemanusiaan dan kesihatan, bukan keselamatan.


"Kami juga mengusulkan agar kesalahan imigresen ini dilihat sebagai kesalahan pentadbiran dan tidak menjadikannya sebagai kesaIahan jёnayah kerana mereka hanya mahu mencari rezeki," tambahnya.

Sumber : malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.