Ticker

6/recent/ticker-posts

Order makanan menggunakan nama 'Allah' ,Lelaki cedёra dibeIasah penghantar makanan, 5 ditahan

 


 Seorang lelaki ced.era dipercayai dibeIasah sekumpulan penghantar makanan di Sungai Way, di sini, hari ini.


Ketua Polis Dareah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang penghantar makanan berusia 19 tahun, pada 2.30 petang.


Beliau berkata, remaja itu mendakwa, laporan polis berkenaan dibuat susulan tidak berpuas hati terhadap salah seorang pelanggan yang menggunakan nama menyentuh sensitiviti agama.


"Pengadu membuat tang.kap layar pesanan daripada pelanggan berkenaan serta menularkannya ke aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan di kawasan berkenaan.





"Keadaan itu menimbulkan kema.rahan kepada sekumpulan penghantar makanan yang lain dan mereka pergi ke rumah pelanggan terbabit yang terletak di Sungai Way," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mohamad Fakhrudin berkata, pelanggan terbabit yang berusia 29 tahun kemudian dipu.kuI dan dibawa ke Balai Polis Sungai Way untuk tindakan lanjut.


"Kejadian itu menyebabkan lelaki berkenaan ced.era. Kami turut menahan lima penghantar makanan berusia 19 hingga 40 tahun yang dis.yaki terbabit dalam kejadian berkenaan.





Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menimbulkan apa-apa isu atau provokasi meny.entuh sensitiviti mana-mana agama dan bangsa lain yang boleh mengg.ugat ketenteraman awam.


"Masyarakat diingatkan supaya tidak mengambil tindakan melangkaui undang-undang dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan sia.satan," katanya.


Terdahulu, satu video berdurasi 30 saat yang memaparkan seorang lelaki dipukoI sekumpulan penghantar makanan tular di media sosial, hari ini.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments