Ticker

6/recent/ticker-posts

(VIDEO) Polis siasat video individu berjoget tanpa pelitup muka di sebuah hotel

 


Polis membuka satu kertas siasatan berhubung video berdurasi 1 minit 35 saat yang viral di media sosial memaparkan beberapa individu berjoget tanpa memakai pelitup muka di sebuah hotel di sini baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu pada Ahad yang terlihat video berkenaan di halaman Facebook.


“Dalam laporan yang dibuat, pengadu mendakwa kumpulan tersebut dilihat sedang menari tanpa memakai pelitup muka dan tiada penjaarakan sosial di antara satu sama lain.



“PelIanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang melibatkan sekumpulan individu itu dipercayai berlaku di sebuah hotel di Shah Alam ketika menghadiri kursus Pemantapan Pimpinan Srikandi Bersatu Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.


Menurut Baharudin, kes tersebut akan disiasat di bawah Seeksyen 269 Kanun Keseeksaan dan Perkara 17 P.U (A) 225/2021 kerana melIanggar SOP.

Katanya, jika sabit kesaIahan boleh dikenakan kompaun sehingga RM10,000.


“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam kadar segera,” ujar beliau.

Sumber : Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments