Ticker

6/recent/ticker-posts

Carl Samsuddin tampil minta maaf jika buat netizen bengang, dakwa selama hidup tidak pernah BlADAP

 


Sejak dari semalam viral satu video di laman twitter yang memaparkan seorang usahawan dan influencer terkenal, Carl Samsuddin yang dikatakan telah bersikap bladap terhadap seorang gelandangan warga emas.


Tidak melatah dengan apa yang berlaku, Carl Samsudin tampil membuat permohonan maaf kepada semua netizen yang bengang selepas menonton video tersebut.


Permohonan maaf itu telah dimuat naik menerusi platform instagramnya, @carlsmasudin sebentar tadi.


Carl menjelaskan dia tidak pernah berniat menghlna atau memperlekehkan sesiapa terutama warga emas yang dikunjungi di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur seperti dalam video miliknya.

"Selama saya hidup saya tidak pernah berlaku bladab kepada sesiapa, terutamanya kepada warga tua. Saya sedaya upaya cuba menghormati semua golongan," tulisnya.




Sambil meminta maaf berulang kali, Carl mengatakan tujuan hidupnya adalah ingin membantu kepada pihak yang memerlukan. Lantaran itu dia mempertahankan tindakannya yang menghulurkan bantuan kepada pihak memerlukan termasuk kumpulan gelandangan tersebut.

"Sejujurnya sebelum, semasa dan selesai bercakap, saya menyantuni uncle dan semua gelandangan dengan baik dan mereka gembira pada hari tersebut.

"Sebab itu saya tidak terfikir akan ada sesuatu yang kurang baik dari video tersebut dan saya post di media sosial saya. Saya mohon maaf.

"Tidak pernah terlintas di minda saya untuk menghina mereka yang memerlukan bantuan kerana saya juga pernah susah dan memerlukan bantuan orang ramai dahulu.

"Untuk apa saya bersusah payah membantu mereka jika untuk menghlina mereka," tulisnya panjang lebar.


Menerusi permohonan maafnya itu juga, dia juga meluahkan rasa ingin berjumpa kembali dengan warga emas tersebut yang telah 'dimalukannya' untuk memperbetulkan kesilapan dan meminta maaf.


Untuk rekod, Carl juga telah dikompaun sebanyak RM1500 kerana tidak memakai pelitup muka dan dia juga memohon maaf sama diatas sikapnya yang tidak bertangunggjawab itu.

Bagaimanapun sikap Carl yang bercakap dengan nada tinggi, memberi RM50 kepada seorang warga emas yang berani tampil ke hadapan dan bertanyakan soalan kurang sopan dinilai biadab sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

Instagram: @carlsamsudin

Sumber : Gempak

Post a Comment

0 Comments