Header Ads

Breaking

Tuesday, July 27, 2021

Netizen persoal tindakan Nina Iskandar lepas vaksin buka tudung? Ini penjelasan dari empunya badan

 


Ramai yang terkejut dengan penampilan terbaru pelakon cantik kelahiran Brunei, Nina Iskandar yang dilihat tidak memakai tudung ketika dia memuat naik hantarannya di media sosial memaklumkan berita gembira dia kini sudah siap dua dos vaksin.


Untuk rekod ramai netizen yang memuji penampilan Nina yang dilihat bertudung sebelum ini.


Tidak mengambil masa yang lama untuk memberi kenyataan, Nina Iskandar memberitahu sebelum ini dia tidak pernah memberi sebarang kenyataan mengenai dia mengesahkan sudah bertudung jika ditanya oleh pihak media.




Setiap orang ada perjalanan sendiri, begitu juga saya. 

Jujur saya cakap, berat untuk saya jawab. 

Itulah sebab kenapa saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mengesahkan apa-apa.

"Saya masih belajar setiap hari untuk menjadi insan yang lebih baik," tulisnya.

Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen mempertikaikan tindakan Nina dan ramai memuji dia kelihatan lagi manis ketika berhijab seperti sebelum ini.



"Nak pakai tudung bukan mudah, tak cakap orang lain tapi pada diri sendiri. Saya sendiri pun kejap pakai kejap buka, kita manusia tak apa perlahan-lahan semoga akan dapat istiqamahnya.

"Jangan persoalkan dia dengan soalan yang tidak seharusnya di khalayak. Doa yang baik-baik.. Saya percaya Nina orang yang baik," tulis netizen yang lain.

Sumber : Instagram Nina Iskandar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.