Ticker

6/recent/ticker-posts

Upload Gambar Syaitan Satu Malaysia Kecoh, Adakah Saya Yang GiIa, Malaysia Atau Anda? Tanya Caprice

 


Semalam satu perkongsian dari Caprice menerusi laman sosialnya telah menimbulkan tanda-tanya dikalangan netizen kerana penyanyi rap itu dilihat memuat naik sekeping gambar syaitan dengan kapsyen minta rakyat Malaysia sedia kerana masanya semakin hampir.


Ramai netizen yang telah memberikan pendapat masing-masing dan perkara ini telah mengejutkan Caprice apabila perkongsiannya itu viral sehingga ramai pengamal media telah menjadikannya sebagai sumber berita.


“Muat naik gambar syaitan satu Malaysia kecoh. Dengar ini, akhir zaman sudah pun tertulis di dalam al-Quran. Saya hanya memberi klu tentang apa yang akan berlaku. Kenapa nak terkejut, ianya sudah ditulis,” katanya.


Dalam pada itu, Caprice turut mempersoalkan tindakannya muat naik gambar syaitan timbulkan kekecohan tetapi banyak gambar wanita tidak tutup aurat dimuat naik tidak pula viral.



“Upload gambar syaitan keoh, etapi beribu-ribu gambar perempuan tak tutup aurat kenapa tak tular pula tak kecoh pun? Adakah saya yang gila, Malaysia atau anda?” katanya.


Bagaimanapun, Caprice dilihat menutup ruangan komen perkongsian video berkenaan mungkin tidak mahu netizen berdebat mengenai apa diperkatakannya itu.

Sumber : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments