Ticker

6/recent/ticker-posts

Tersebar video tidak senonoh mirip Ebit Lew, benarkah ada usaha licik jatuhkan pendakwah kesayangan ramai?

 


Satu demi satu kontroversi melanda pendakwah kesayangan ramai Ustaz Ebit Lew. Kali ini kecoh di media sosial apabila viral satu video yang memaparkan seorang individu mirip pendakwah tersebut melakukan aksi tak senonoh di atas katil.


Di laman Twitter hangat diperkatakan tentang perkara itu, taip sahaja nama Ebit, banyak cerita mengenainya.



Semakan di Twitter dengan carian kata kunci 'Ebit Lew' turut membawa kepada penemuan beberapa tweet yang seolah-olah sedang memperkatakan isu itu.

Untuk rekod, nama pendakwah itu panas apabila penyanyi rap Caprice mengumumkan akan membuat satu pendedahan mengenai misi kemanusiannya ke Gaaza baru-baru ini.



Isu itu semakin panas apabila aktivis badan bukan kerajaan (NGO) di wilayah bergolak itu, Muhammad Nadir Al-Nuri tampil membuat beberapa dakwaan ke atas pendakwah itu sebelum Ebit sendiri tampil membuat penjelasan menerusi sesi live pada Jumaat lalu.

Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments