Ticker

6/recent/ticker-posts

Siap sedialah Malaysia untuk kebenaran, masanya hampir tiba, kata Caprice

 


Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini timbul kontroversi melibatkan penyanyi Rap iaitu Caprice dan juga pendakwah terkenal, Ebit Lew berhubung misi kemanusiaan di PaIestin.


Turut menghangatkan lagi keadaan apabila seorang lelaki bernama Nadir Al-Nuri turut sama berbahas tentang isu kemanusiaan tersebut.

Walaupun begitu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Bin Ramli telah memohon minta maaf atas kesilapan di mana terlalu emosi tentang perjuangan kita demi ummah, demi Palestin dan demi Rakyat Malaysia.



Namun, menerusi hantaran terbaru penyanyi rap terkenal itu di media sosialnya telah mencetuskan tanda tanya di kalangan netizen kerana memuat naik sekeping gambar lblis berserta dengan caption berikut :-


Standby for the truth Malaysia. Prepare yourself. It is coming. The devil lies, pretend, and will sell you sweets. But Allah is the best planner. The time is near.



Caprice dilihat seakan-akan memberi bayangan mengenai pendedahan besar yang sememangnya akan mengejutkan netizen. Dia juga mengingatkan agar semua bersedia untuk sesuatu.


Hantaran terbaru itu masih lagi samar dan tidak dapat dipastikan mesej sebenar yang ingin disampaikan kerana posting tersebut berbentuk umum dan tidak menyertakan nama individu.


Caprice juga dilihat menutup ruangan komen di instagramnya.


Apakah yang ingin disampaikan sebenarnya? Hanya tuan badan yang tahu dan sama-sama kita nantikan apakah sebenarnya yang ingin disampai penyanyi itu ataupun hantaran tersebut hanyalah sekadar satu perkongsian biasa.


Sumber : Instagram Caprice

Artikel dipetik dari OhBuIan

Post a Comment

0 Comments