Ticker

6/recent/ticker-posts

Kecewa Kes Meningkat Saban Hari, Lana Nodin Gesa Ketua Pengarah Kesihatan Letak Jawatan

 


Seperti yang kita sedia maklum, sudah berbulan rakyat dikawal pergerakan maksudnya tidak boleh sesuka hati pergi kemana-mana kecuali dengan kebenaran dari pihak berkuasa sahaja. Namun jumlah harian kes C0VID-19 masih tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan bahkan semakin meningkat dengan mendadak.


Mungkin kecewa dengan kes C0VID-19 yang semakin meningkat sehingga mencecah 17045 pada hari ahad, pelakon berbakat Lana Nordin meluahkan rasa kecewa menerusi instagram miliknya.


Menerusi hantarannya di instagramnya itu juga, Lana dilihat menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham meletakkan jatawan serta merta.


Malah, Lana turut menyifatkan foto DG Hisham yang sempat diambil oleh pihak media berada dalam keadaan sedih dan penat hanya lakonan semata-mata.


“Hebat lakonan. Kalah drama Melayu dekat Samarinda. Hebat KKM. Tahniah la DG (Hisham)..Ko ni patut stepdown dah. Tak habis-habis buat muka kesian and nangis penat tapi semua itu ko berlakon sahaja!!


“Sedih rakyat Malaysia kononnya kata ko itu sangatlah prihatin pada rakyat. Padahal apa jad*h ini? #StepdownDG #KerajaanKoyak #KerajaanGagaI,” tulisnya.


Lana turut berkongsikan video meluahkan rasa tidak puas hati apabila anggota pengurusan jenazah tidak memakai sut perlindungan diri (PPE) dilihat sedang memakai pemeriksaan ke atas jeenazah C0vid-19.





Sementara itu, Lana Nordin turut menegaskan dia memuat naik video berkenaan kerana tertanya-tanya mengapa individu berbaju hitam itu boleh menguruskan jenazah tnapa memakai PPE lengkap.


Ujarnya lagi, jika benar bahaya sehingga ahli keluarga tidak boleh kebumikan mengapa individu tersebut selamba masuk ke tempat penyimpanan jenazah tanpa sebarang pelindungan.


Sumber : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments