Ticker

6/recent/ticker-posts

(VIDEO) Terlalu Taksub, Mengidolakan Individu Budaya Tak Sihat, Kata Ustaz Adni Roslan

 


Salah seorang followers kepada penceramah, Adnin Roslan telah bertanyakan satu soalan kepadanya menerusi laman sosial instagram.

“USTAZ, apa pendapat tentang isu Nadir dan Ustaz Ebit?.”

Lontaran soalan sedemikian dipercayai berkait rapat dengan isu melibatkan antara pendakwah bebas, Ebit Lew; Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaaza Malaysia, Nadir Al-Nuri dan penyanyi rap, Caprice mengenai misi kemanusiaan di Gaza PaIlestine.


Justeru, bagi menjawab persoalan itu Adni menasihatkan orang ramai supaya jangan terlalu taksub terhadap individu kerana menyifatkan taksub akan membutakan hati manusia daripada kebenaran.



Saya tak nak komen tentang mereka, cuma nak kita hayati noktah ini.


1) Dalam hidup ini, kita perlu bersederhana dlm setiap hal. Jika tidak, kita akan mudah sesat. Hatta dalam beragama pun, kita dilarang ekstrim, terlalu ekstrim mengamalkan agama pun boleh sesat, melonggarkan agama pun boleh jadi sesat. Bersederhalah, taat perintah Allah, tinggalkan larangan Allah, ikut sunnah Baginda Nabi SAW.


2) Dalam hidup ni, semua org pernah buat salah. Baik mana pun seorang itu, pasti ada ketidaksempurnaannya. Kerana itu budaya dakwah, saling nasihat menasihati Allah & Rasul wajibkan. Agar kita sama2 selamat.


3) Tapi ingat, kebaikan yang kita nampak, kita sokong dan usaha untuk contohi tak kira dari siapa, dan kelemahan yang kita nampak, nasihat dan tegur dan serta jauhi. Kita benci perbuatan, bukan pelaku. Ini sangat penting.

4) Satu lagi budaya tidak sihat yang saya nampak adalah BUDAYA TAKSUB dan MENGIDOLAKAN manusia. Taksub ini akan membutakan hati manusia dari kebenaran. Dan ianya dilIarang dalam agama. Perbuatan taksub inilah yang menjadi faktor berhala di zaman Nabi Nuh diukir lalu disembah. Nama berhala yang diukur oleh kaum Nabi Nuh ialah Wad, Suwa', Yaghuth, Ya'uq dan Nasra.”

Ibn Abbas RA mengatakan:


“Nama-nama tersebut ialah nama orang soleh daripada kaum Nabi Nuh AS..."


Nampak tak bahayanya bila kita taksub atau mengidolakan manusia? Hatta taksub orang soleh pun tak boleh, apatah lagi taksub artis, pemimpin politik dan sebagainya.



5) Bahkan Allah dan rasul tidak suruh mengidolakan baginda SAW. Tetapi kita disuruh untuk menjadikan Nabi SAW sebagai qudwah hasanah, uswah hasanah iaitu ikutan yang baik. Bukan taksub buta tapi tak ikutpun sunnah baginda. Kita disuruh jadikan nabi sebagai teladan, mengikuti sunnah dan perjuangan baginda, akhlak baginda, dan seluruh kehidupan baginda, serta mencintai baginda kerana Allah. Cinta atas dasar iman dan ilmu, bukan emosi dan naafsu semata-mata. 

IDOLA ni ada IDOLATRY = Penyembahan berhala, IDOLATER = Penyeembah berhaIla; musyrikin, IDOLATROUS = (Bersifat) menyeembah atau memuja, IDOLIZE = (TerlIampau) menyanjung, dan IDOLIZATION = Pemujaan; pendewaan.

.Sumber: Instagram @ustazadnin dan Canva

Artikel dipetik dari Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments