Ticker

6/recent/ticker-posts

Bukan setakat geIi malah ada yang sampai enggan bersalaman dengan saya kerana..., kata Nur Sabrina

 


"Bukan setakat geli malah ada yang sampai enggan bersalaman dengan saya kerana mengalami masalah ini," kata Nur Sabrina Saifu'd-din yang menghidap hiperhidrosis iaitu sejenis penyakit kulit yang menyebabkan peluh dikeluarkan secara berlebihan melebihi kadar normal.


Kisah Nur Sabrina, 19 yang juga penuntut Diploma Seni Kulinari di Institut Makanan Malaysia (FIM) dekat Petaling Jaya, Selangor mendapat perhatian selepas berkongsi penyakit dihidapinya menerusi video di TikTok.


Bercerita lanjut, Nur Sabrina yang menetap di Kampung Titi Gajah, di sini berkata, dia mengalami penyakit itu pada kedua belah tapak tangannya dan menyedarinya ketika berusia 12 tahun.


Menurut Nur Sabrina, dia tidak pernah dibawa bertemu pakar dan penyakitnya semakin serius hingga menyebabkannya hilang keyakinan diri.



"Dulu tidak teruk tetapi sekarang serius juga hingga hendak sentuh skrin telefon bimbit pun susah kerana tangan berpeluh.


"Itu belum lagi jika dalam keadaan gementar dan kedua tapak tangan saya tidak hanya berpeluh ketika cuaca panas tetapi juga di tempat yang mempunyai penghawa dingin.


"Penyakit ini memang mengganggu tumpuan dan menyukarkan saya untuk memegang pen terutama ketika menjawab soalan sewaktu peperiksaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro


Anak keempat daripada lima beradik itu berkata, setiap kali berpeluh, dia hanya mampu mengelap kedua tapak tangannya dengan baju atau kain dibawa bersama.



Selain itu, Nur Sabrina juga akan kerap mencuci tangan untuk menghilangkan rasa tidak selesa apabila berpeluh.


"Dalam keluarga, hanya saya dan kakak sulung (Intan Shakirah, 29) mengalami penyakiit ini.


"Cuma, keadaannya (kakak) tidak serius seperti saya namun melihat ruangan komen di TikTok, ada segelintir berkongsi yang mereka mempunyai penyakiit sama.


"Ramai juga beri kata semangat dan saya hargainya malah mesej cuba disampaikan menerusi perkongsian video itu adalah supaya orang ramai peka dan tahu adanya penyaakit ini," katanya.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments