Ticker

6/recent/ticker-posts

Itu bukan gambar 'baby' Siti Sarah dan Shuib, tolong henti sebarkan gambar itu, kata Nana Mohamad Rom

 


Hari ini dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah selepas ditidurkan selepas arwah dijangkiti C0VID-19. Berita sedih itu telah dikongsikan oleh suaminya, Shuib yang juga merupakan pelawak terkenal dan usahawan berjaya pagi tadi.

Namun, ada sekeping foto telah diviralkan oleh insan yang tidak bertanggungjawab mengatakan bayi tersebut adalah anak ke-4 Shuib.

Pengurus Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Nana Mohamad Rom menafikan wajah bayi yang tular di laman sosial adalah anak kepada penyanyi itu dengan Shuib yang dilahirkan Jumaat lalu.


Nana berkata, dia menyeru kepada semua pihak untuk berhenti berkongsi gambar itu.



"Itu bukan wajah anak keempat Shuib yang diberi nama Ayash Affan. Bayi masih diletakkan dalam inkubator dan belum berpeluang pulang ke rumah.


"Saya mohon orang ramai untuk berhenti sebarkan foto itu. Tolong jaga sensitiviti keluarga Shuib ketika ini," katanya.


Menurut Nana, dia percaya gambar Ayash Affan pasti akan dikongsikan Shuib apabila anaknya dalam keadaan baik.



"Saya yakin Shuib pasti akan kongsikan foto anak keempatnya nanti, cuma sekarang bukan waktu yang sesuai.


"Beri dia ruang untuk selesaikan urusan pengebumian ini. Insya-Allah dia akan kongsikan foto anaknya," katanya.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments