Ticker

6/recent/ticker-posts

Jual Set Mewarna Sehingga RM220, dUCk Dikecam KapitaIis Oleh Netizen?

 


Nama Datin Vivy Yusof dan syarikat miliknya, dUCk menjadi pendebatan hangat dikalangan netizen apabila kali ini syarikat itu dikatakan menjual peralatan mewarna dengan harga kapitalis.


Pakej yang merangkumi sekeping kanvas, set warna akrilik, dua batang berus dan dua cangkuk dijual dengan harga RM220. Ianya tidak mengejutkan dengan jenama Duck, bagaimanapun seorang pemuda di Tik Tok yang menggunakan nama nama The Khan telah membongkar rahsia bahawa ianya adalah set yang berharga cuma RM35 di platform beli belah online.


Melalui pengamatan kami di platform Shopee, set mewarna yang lebih kurang sama design, dijual di bawah RM30. Lebih mengejutkan adalah batang berus dan juga bekas cat juga kelihatan lebih kurang sama.


Akaun bernama The Khan itu turut mendedahkan peminat Vivy turut menyeerangnya dan mengatakan produk tersebut bukan sesuai untuk semua golongan. 


Namun sekali lagi dia menjawab jika ianya dikatakan sebagai penjenamaan, mengapa set yang dijual tersebut sama dengan yang ada di pasaran? Sepatutnya setiap berus dan cat akrilik mempunyai logo tetapi sebaliknya ia kosong.



Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak dUCk atau pun dari Vivy Yusoff sendiri selaku pemilik jenama berkenaan.

Sumber : Gulapop

Post a Comment

0 Comments