Ticker

6/recent/ticker-posts

Kepala ayam boleh dimakan kerana ianya bukan najis, kata pendakwah terkenal

 



Kepala ayam boleh dimakan kerana ia bukannya najiis, demikian kata pendakwah terkenal Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz.


Hassan berkata, selain najiis, bulu dan kuku haiwan yang halal juga tidak boleh dimakan kerana bimbang mendatangkan mudarat.


Justeru dalam hal itu, beliau berkata, kepala ayam boleh dimakan sekiranya dibersihkan dan dibuang bulu terlebih dulu.



“Jika ada individu kata makan kepala ayam tidak boleh, kenapa kepala ikan boleh pula?


“Asalkan haiwan itu disembeIIih dan bukannya diIanggar, selain dimasak dengan cara betul,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.



Baru-baru ini, kecoh di laman sosial Facebook mengenai sup soto yang mengandungi kepala ayam.


Gambar itu kemudiannya mencetuskan perdebatan hebat antara rakyat tempatan dan negara jiran sama ada kepala ayam boleh dimakan atau tidak.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments