Ticker

6/recent/ticker-posts

"Pakailah elok-elok untuk ambil vaksin. Vaksin saja pun" - Hafiz Hamidun tegur sikap sesetengah orang berpenampilan 'pelik' ketika ambil vaksin

 


Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun menasihati orang ramai supaya berpakaian 'elok' dan bersesuaian ketika pergi mendapatkan suntikan vaksin.


Hafiz, 37, atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun berkata, orang ramai tidak perlu memakai pakaian yang dianggap pelik.



"Pakailah elok elok untuk ambil vaksin. Vaksin saja pun. Tak perlu gimik sampai kena pakai baju kelawar isteri, jadi hantu apa semua.


"Saya tak tahu adakah ia 'marketing strategy' (strategi pemasaran) atau apa. Awal-awal macam terhibur, lama-lama jadi ngeeri pula," katanya.



Sebelum ini tular beberapa gaya fesyen dan pemakaian kostum menyerupai watak dalam filem yang dipakai segelintir penerima vaksin ketika berada di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).


Antara yang menarik perhatian adalah jelmaan Valak iaitu watak hantu dalam filem The Conjuring, Minnie Mouse, Puteri Hang Li Po, watak hantu dalam filem kantonis serta watak-watak adiwira seperti Batman, Spider-Man, Ultraman, Predator dan Joker.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments