Ticker

6/recent/ticker-posts

Perdana Menteri ziarah Ahmad Zahid di hospital

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menziarahi Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, hari ini.


Perkara itu dikongsi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan sambil beliau mendoakan Ahmad Zahid kembali sembuh.


"PM (Perdana Menteri) melawat DS (Datuk Seri) Zahid malam ini. Semoga Presiden Umno kembali sihat dengan izin Allah," katanya dalam satu hantaran di Facebook (FB) miliknya, malam ini.


Beliau memuat naik dua gambar yang satu daripada memperlihatkan kedua-dua pemimpin itu.


Selain itu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut berkongsi kegembiraan melihat hubungan baik antara Presiden dan Naib Presiden Umno itu.



"Seronok melihat hubungan kasih sayang dan kemesraan dua sahabat baik, bak air dicincang tidak sesekali terputus.


"Walau kini di puncak kuasa, tetap menghormati nakhodanya. Syabas YAB Datuk Seri Ismail Sabri. Moga Allah berikan kesembuhan sempurna buat Datuk Seri Presiden Umno," katanya dalam satu hantaran di FB miliknya, malam ini.


Asyraf Wajdi turut berkongsi gambar kedua-dua pemimpin berkenaan.


Terdahulu, kes Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk yang berdepan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi, ditangguhkan berikutan beliau perlu menjalani prosedur membabitkan kecedeeraan tulang belakang, pagi ini.



Terdahulu, kes itu hari ini ditetapkan untuk hujahan lisan selepas pihak pendakwaan menutup kesnya pada 19 Mac lalu.


Bagaimanapun, sebaik saja prosiding itu bermula, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid memberitahu mhkamah, anak guamnya tidak hadir pagi ini kerana perlu menjalani rawatan intervensi sakiit.


Katanya, Ahmad Zahid mengalami kecedeeraan itu akibat terjatuuh dan berada dalam kesakiitan sekiranya duduk terlalu lama.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments