Ticker

6/recent/ticker-posts

Suri rumah menangis didenda RM10,000 kerana hina Agong, Institusi Raja, menteri

 


Seorang suri rumah didenda RM10,000 atau penjara sembilan bulan oleh Mhkamah Sesyen hari ini kerana mengeluarkan kata-kata menghasut dan membuat komunikasi jeIik terhadap Yang di-Pertuan Agong, Institusi Raja dan menteri, dalam laman sosial Twitternya.


Hakim M M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuuman denda itu terhadap Nur Faizah Wahid, 28, selepas dia mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduuhan itu.


Nur Faizah dijatuhi hukuuman denda RM2,000 atau penjara tiga bulan bagi pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasuut serta denda RM8,000 atau penjara enam bulan atas pertuduhan membuat komunikasi jeIik.


Mengikut pertuduhan pertama, Nur Faizah didakwa mengeluarkan kenyataan melalui Twitter miliknya 'Eija Boo' dengan menyebut kata-kata menghasut yang mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan penghiinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Institusi Raja dan menteri.


Dia melakukan kesalahan itu di Pejabat Jabatan Siiasatan Jnayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sini, pada 8.33 malam, 22 Mei lepas dan pertuduuhan dikemukakan mengikut Sesyen 4 (1)(a) Akta Hasuutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Sesyen 4 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.



Wanita itu juga dituduh secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiitkan hati orang lain, melalui aplikasi Twitternya. menggunakan nama profil "Fazrin Ismail" pada masa dan tarikh sama.


Pautan itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siiasatan Jnayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siiasatan Jnayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini, pada 8 malam, 10 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Sesyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihuukum mengikut Sesyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuuman denda maksimum RM50,000 atau pnjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.


Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman minimum kerana menyesal dan insaf dengan tindakannya, bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuuduh dan masyarakat bahawa menghiina Institusi Raja adalah satu kesalahan.



Sumber – BERNAMA

Post a Comment

0 Comments