Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan ada double standard, vaksin tidak wajib danm vaksin bukan penentu kita sihat, kata Octovia Manrose

 



Sejak kerajaan memperkenalkan program vaksinasi C0VID-19, pelbagai respon dan pandangan dari netizen yang disuarakan. Ianya terus menjadi topik perbualan hangat di media sosial.


Tidak terkecuali selebriti tempatan, salah seorang selebriti yang turut memberikan pandangan mengenai isu ini adalah pelakon cantik, Oktovia Manrose.


Menurut pelakon cantik ini, setiap individu mempunyai hak untuk membuat keputusan dan menentukan apa yang terbaik dalam hidup mereka.


"Alhamdulillah Allah bagi mudah... semoga kita semua dapat hak masing-masing. Vaksin atau tidak divaksin... kita ada hak untuk teruskan hidup macam biasa, jangan ada double standard.


"Maksud double standard tu daripada kita sesama sendiri, janganlah sampai berpecah-belah kerana ada yang tak divaksin. Dia ada alasan sendiri kenapa tak nak vaksin dan kita kena hormat keputusan masing-masing.


Difahamkan, Oktovia meninggalkan komen tersebut di Instagram mStar mengenai berita hangat mengenai pasangan suami isteri berjaya dine-in di restoran meskipun tidak mempunyai vaksinasi lengkap.


"Vaksin tidak wajib dan vaksin bukan penentu kita sihat. Allah bagi sihat. Allah bagi selamat dan yakinlah pada Allah... jadi semua yang dah vaksin atau tidak, prosedur operasi standard (SOP) tetap kena jaga dan kita semua berhak hidup macam biasa. InsyaAllah," katanya.



Dalam pada itu, kakak kepada pelakon Aprena Manrose ini menegaskan komen yang ditulis itu bukan bermaksud dia menyokong kumpulan anti vaksin.


Sebaliknya, dia hanya mahu masyarakat lebih terbuka menerima pendapat orang lain dan tidak berpecah-belah hanya kerana bercanggah pendapat.

"Anti vaksin hanya untuk orang yang menghasut orang untuk tidak divaksin, adakah saya mengajak orang untuk tidak ambil vaksin? Tidakkan? Baca balik komen itu. Sekali lagi saya cakap vaksin tidak wajib, be open sikit.


"Kita semua sama-sama tawakal pada Allah. Vaksin atau tak semua berusaha tawakal pada Allah. Saya pun berusaha juga tapi vaksin hanya satu pilihan dan tidak wajib.


"Saya tak nak kita berpecah belah sesama Islam, cuma fahamkan kenyataan saya itu mengenai hak masing-masing. Saya bukan nak bergaduh... just to let you guys know saya berjangkit daripada orang yang divaksin ya, tapi Alhamdulillah 10 hari kuarantin (sekarang) sihat," 

Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments