Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya mohon maafkan segala salah dan silapnya. Halalkan makan minumnya, kata Shuib

 


Pelawak Shuib terus positif isterinya, Siti Sarah, 37, yang kini krltikaI selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat tahap oksigen menurun, hari ini.


Susulan itu, Siti Sarah terpaksa ditidurkan selain pembeedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan.


Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat melahirkan bayi lelaki yang dinamakan Ayash Affan.


Bercakap pada majlis bacaan Yasin dan doa selamat untuk Siti Sarah secara maya anjuran Indigital Music, Shuib melahirkan keyakinan isterinya akan pulang ke rumah mereka selepas ini.


"Syukur ya Allah kerana hantar orang yang baik kepada saya sekarang. Terima kasih banyak-banyak kerana meluangkan masa. 



"Insya-Allah saya cukup yakin isteri saya kuat. Saya cukup yakin dia akan balik ke rumah. Anak-anak semua mendoakan dia. 


"Insya-Allah semoga dengan bacaan Yasin malam ini harap-harap Allah angkat doa kita semua dah insyaAllah Sarah akan sihat," katanya. 


Menurut Shuib, selepas bacaan Yasin dan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Salahuddin Harun itu, dia semakin terbuka dan okay. 


"10 tahun kenal Sarah, dialah yang mendewasakan saya. Kejayaan saya juga kerana doa dia. Saya mohon maafkan segala salah dan silapnya. Halalkan makan minumnya.


"Insya-Allah. Saya yakin dia akan balik. Saya yakin dia akan sihat. Semoga dengan memaafkan dia ini akan memudahkan perjalanannya. Saya sangat berlapang dada untuk malam ini untuk segala doa," katanya. 


Shuib berkata, dia juga reda dengan ujian Allah SWT. 



"Saya yakin setiap ujian yang saya lalui  ada kebaikan di depannya. Saya dah lalui pelbagai ujian dengan dia. 


"Tapi malam ini bila semua orang ada, ia buka mata dan hati saya untuk lebih reda untuk terima apa saja akan jadi. Saya cukup yakin. Walau pun tidak baik, itu adalah yang paling baik Allah nak bagi untuk saya dan keluarga saya," katanya. 


Dalam masa sama, Shuib berkata apa pun yang terjadi, dia yakin Allah mahu memberikannya perkara yang lebih baik.


"Allah nak ajar saya. Saya mohon kalau boleh setiapkali solat doakan Sarah sampai bila-bila," katanya.


Sementara itu majlis bacaan Yassin malam ini turut disertai oleh Datuk Dr Mohd Fadzillah Kamsah serta rakan-rakan artis antaranya Lah Ahmad, Bob Yusof dan Liza Hanim.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments