Ticker

6/recent/ticker-posts

"Rugi Allah anugerahkan suara yang merdu tapi saya tidak gunakan,.." - Aliff Syukri rancang rakam sigle baharu untuk tatapan peminat?

 


Penyanyi dan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri meminta pendapat daripada pengikutnya di Instagram untuk merakam single terbaharu berjudul ‘Sunyi’.


Menurut penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu, dia berasa kesunyian kerana tidak dapat menjalani kehidupannya seperti sebelum ini.


Sehubungan itu, Aliff telah menyuarakan hasrat untuk merakamkan lagi lagu seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.



“Awak saya sunyi, apa patut saya buat? Okey tak kalau saya nak keluarkan lagu baharu bertajuk ‘Sunyi’.


“Awak boleh terima tak? Rugi anugerah Allah berikan suara yang merdu saya tidak gunakan,” katanya di Instagram.



Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata sokongan dengan hasrat usahawan berkenaan sekali gus tidak sabar untuk lagu baharu itu dikeluarkan.


Namun, ada juga segelintir daripada pengikutnya berseloroh dengan menganggap single yang bakal dihasilkan itu boleh dijadikan nada dering dan set penggera.


Sumber : Utusan Online

Post a Comment

0 Comments