Ticker

6/recent/ticker-posts

Terima kasih kerana beri sokongan, saya minta maaf kepada semua rakyat Malaysia, kata Ziyad

 


JAGUH lontar peluru para negara Muhammad Ziyad Zokefli yang kemenangannya dibatalkan berikutan protes dari kem Ukraine, menitipkan permohonan maaf kepada rakyat Malaysia.


"Saya mintak maaf kepada semua rakyat Malaysia.



"Terima kasih memberi sokongan kepada saya," itu luahan atlet berusia 31 tahun di laman Facebooknya pada Rabu.


Ziyad sebelum itu meraih pingat emas dalam acara lontar peluru F20 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dengan lontaran sejauh 17.94 meter di Stadium Olimpik, Tokyo.



Namun kem Ukraine tampil melakukan protes apabila mendakwa tiga atlet, Ziyad, Todd Hodgetts dari Australia dan Jordi Patricio dari Ecuador lewat memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan tersebut.


Berikutan itu kontinjen negara juga mengesahkan telah mengemukakan bukti membantah protes kem Ukraine tersebut.

Sumber : Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments