Ticker

6/recent/ticker-posts

“Saya nak ubah Malaysia jadi lebih baik” - Aliff Syukri Serius Nak Ceburi Politik, Giat Persiapkan Diri Bertanding PRU-15

 


"Siapa yang kata gimik? Saya memang menaruh harapan nak masuk politik. Ikhlas dari hati memang saya serius nak mencuba bidang politik selepas ni.


"Kalau boleh saya nak jadi calon dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang, seterusnya diangkat memegang jawatan perdana menteri. Saya yakin saya mampu membawa tugas PM dengan baik!


"Aku serius ni tau... bukan main-main. Dekat luar negara pun ramai sahaja PM dan presiden yang dilantik dalam kalangan ahli perniagaan," katanya kepada mStar.



Sementara itu, penyanyi lagu Cuba ini berkata dia menerima sokongan hebat daripada pengikut di Instagram sejak membuat pengumuman terbuka ingin menjadi seorang pemimpin negara.


Ini membuatkan dia lebih bersemangat untuk membangunkan Malaysia dan menjadikan negara ini lebih hebat di mata dunia.


"Secara jujurnya saya nak jadi PM kerana nak ubah Malaysia menjadi lebih baik... kalau saya boleh berjaya dalam perniagaan tak mustahil saya boleh bawa Malaysia lebih hebat selepas ini.


"Sebagai anak Pahang saya memang ikhlas mahu berjuang untuk bangsa dan negara, pemimpin kita sebelum ini pun ramai dari Pahang. Saya kenal mereka semua.


"Pengikut saya di media sosial pun banyak bagi sokongan walaupun ada masa saya pun keliru sebenarnya mereka memang ikhlas sokong atau hanya nak perli saya? Tak apalah saya anggap mereka benar-benar ikhlas mahu saya jadi PM.

"InsyaAllah saya sedang berjinak-jinak ke arah itu. Saya sanggup bermula dari bawah, tolonglah jangan kecam saya... berilah saya peluang untuk buktikan dan dapat berjasa kepada anda semua," ujarnya.

Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments