Ticker

6/recent/ticker-posts

PoIis mulakan siasatan berhubung solat berjemaah di sebuah surau di Pengkalan Chepa

 


Polis menjalankan siasatan berhubung solat berjemaah di sebuah surau di Kampung Batu 6, Pengkalan Chepa, malam kelmarin.


Solat jemaah dipercayai ketika Solat Isyak berkenaan dikatakan membabitkan 16 individu termasuk dua kanak-kanak.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam mengatakan berlaku solat berjemaah di surau berkenaan kelmarin.



"Susulan laporan itu, polis menjalankan siasatan mengikut Seeksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakiit Berjangkiit 1988, Peraturan 17(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakiit Berjangkiit 2021.


"Siasatan lanjut berhubung kejadian itu akan dijalankan," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati kesemua jemaah melIanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



"Kita akan mengambil keterangan semua jemaah berkenaan untuk siasatan lanjut sebelum kompaun dikeluarkan," katanya.


Media sebelum ini melaporkan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengeluarkan arahan bahawa hanya empat jemaah yang terdiri daripada kakitangan masjid dan surau dibenarkan menunaikan solat fardu sepanjang tempoh PKP penuh bermula 1 Jun lalu.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments