Header Ads

Breaking

Monday, August 9, 2021

Seorang Peminat Fanatik K-Pop BTS HlNA Pemergian Siti Sarah, Shuib Pula Dipersalahkan Sebab Tak Buat Family Planning

 


Hari ini merupakan salah satu dari peristiwa yang pasti akan dikenang oleh pelawak popular, Shuib apabila isteri kesayangannya, Siti Sarah telah pergi mengadap Illahi selepas arwah bertaruung nyawa 5 hari untuk terus hidup.


Namun disebalik jutaan peminat dan netizen yang sama-sama berduka atas pemergian Siti Sarah ada seorang netizen yang dilihat tidak sensitif dan membuat satu komen yang amat tidak sopan.


Melalui komen yang ditinggalkan ketika sesi live pengebumian arwah Siti Sarah itu, ternyata ia mengundang rasa kurang senang beberapa pengguna laman sosial yang lain.

Malah menurut pengguna laman twitter dengan nama @yusrilfirdaus07, apa yang dilakukan oleh individu tersebut adalah sesuatu yang toksik dan tidak sepaturnya berlaku.



Tidak dinafikan, peminat kumpulan K-Pop memang terdapat di seluruh dunia namun tidak dinafikan juga memang ada yang terlampau fanatik dan sentiasa merasakan kumpulan muzik mereka paling bagus.

Pemergian Siti Sarah merupakan salah satu berita yang mendapat perhatian lebih-lebih lagi ketika angka bilangan kes yang tidak terkawal ketika ini.

Sementara itu dalam satu perkembangan lain, seorang pengguna laman sosial kelihatan sungguh lantang menyuarakan pendapatnya dengan apa yang terjadi kepada keluarga Shuib.

Menurut luahan akaun tersebut, dia mempersalahkan Shuib kerana tidak membuat perancangan keluar dengan rapi sehingga menyebabkan isterinya mengandung dan meninggal.


Ternyata perkara tersebut mengundang reaksi marah di kalangan netizen.


Sebenarnya lebih baik diam jika tidak ada benda baik yang nak diucapkan. Kalau nak bercakap pun, biarlah ada batasan dan hormatilah keluarga arwah yang baru kehilangan insan tersayang.

Tidak dapat dipastikan akaun tersebut akaun real atau fake, ada juga yang mengatakan ianya sekadar troll, tapi bagi admin bab kemaatian ini bukanlah sesuatu yang boleh dibawa gurau.

Sumber : GULAPOP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.