Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam bagi menjalani pembedahan, hari ini.
Perkara itu dikongsi anak perempuannya, Datuk Nurul Hidayah di Instagram miliknya yang memaparkan ayahnya ditolak masuk ke dalam Dewan Bedah.
Nurul Hidayah turut menyatakan video berkenaan dirakam tanpa pengetahuan ayahnya.
"Saya tergerak hati nak rakamkan secara sembunyi tanpa pengetahuan Abah sebab saya tahu ini akan jadi bukti kepada umum bila ia diperlukan.
"Sangkaan saya amat tepat! Belum pun Abah selesai di OT (dewan beedah) berita fitnah tersebar yang dia sedang 'berehat' di hospital untuk elak kes mahkamah! Tidak masuk akal. Benda sakiit ni bukan boleh buat-buat.
"Alhamdulillah, Allah gerakkan hati saya. Saya yang bertanggungjawab tunggu dan jaga Abah sepanjang dia di hospital," katanya.
Nurul turut berkongsi satu lagi hantaran memaklumkan bahawa pembeedahan dilakukan ke atas Ahmad selesai dijalankan.
"Alhamdulillah Abah dah selesai OT (pembeedahan) dan sampai bilik, Abah mengadu pada mak dan saya.
"Mak kemudian meminta Abah bersabar sebelum mencapai tasbih dan memintanya berzikir. Indah cukup indah. Alhamdulillah," katanya menerusi hantaran itu.
Sumber : Harian Metro
0 Comments